Nama pemain muda Malaysia, Richard Chin kembali menjadi sebutan kelabnya, Raith Rovers baru-baru ini.
Ini kerana pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan kemahiran teknikal bila memperdaya pihak lawan ketika aksi Scottish League Cup menentang Inverness Caledonian Thistle.
Meskipun masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua, kelicikan Richard membantu Raith Rovers menambah gol dalam perlawanan itu.
Pada akhirnya, The Rovers meraih kemenangan besar 5-1 ke atas Inverness di Stark’s Park. Meskipun tersingkir daripada saingan Scottish League Cup, pasukan itu menamatkan kempen kumpulan di tempat kedua.
Nama Richard turut menjadi sebutan kelab berkenaan. Pentadbir kelab memanggil beliau Chinaldo disebabkan kelicikannya persis Cristiano Ronaldo.
Kemenangan ini dijangka membakar semangat Raith Rovers apabila saingan Scottish Championship membuka tirainya pada 2 Ogos ini.
Richard dan The Rovers bakal membuka kempen liga dengan menentang Queen’s Park di Stark’s Park.