Kenali Edward Fox, ‘Masa Hadapan’ Baru Harimau Malaya
MakanBola
Edward_fox08

Bintang masa hadapan Harimau Malaya, Edward Fox kini sedang giat mengukir perjalanan karier bersama kelab di England.

Nama Edward Fox mula menjadi bualan ramai peminat bola sepak di Malaysia setelah laman Harimau Abroad berkongsi perkembangan terkini pemain yang memiliki darah warisan Malaysia itu.

Edward Fox dilaporkan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui datuk atau nenek yang berasal dari Ipoh, Perak sekaligus membolehkannya menyarung jersi Harimau Malaya.

Kini, bintang berusia 17 tahun ini sedang bersama kelab berpangkalan di England, PeterBorough United selepas menandatangani kontrak profesional selama dua tahun di sana.

“Eddie (Fox) telah bersama kami sejak peringkat B-13 tahun dan dia adalah seorang pemain yang sentiasa bekerja keras, sama ada di dalam mahu pun di luar padang, kata pengarah akademi Peterborough United, Dan Robinson.

“Kami tidak sabar untuk terus bekerja dengan beliau dalam beberapa tahun mendatang dan melihat perkembangannya.”

Statistik juga menunjukkan pemain ini telah menjaringkan gol bersama skuad muda Peterborough United ini dalam saingan Premier League B-18 menentang Norwich City dan FA Youth Cup baru-baru ini.

Setakat ini, tiada makluman rasmi atau usaha dari mana-mana pihak untuk membawa Edward Fox menyarung jersi Malaysia ketika mana beliau turut boleh mewakili England dan Switzerland.