Keputusan 5 Aksi JDT Di Sepanyol Curi Tumpuan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Keputusan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pra-musim di Sepanyol mencuri tumpuan.

Skuad kendalian Xisco Munoz telah mengharungi lima aksi setakat ini dan bermula langkah kanan berdepan Real Murcia Imperial menerusi kemenangan 4-0.

Momentum cemerlang itu diteruskan apabila jaringan tunggal Bergson Da Silva pada minit ke-68 memastikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan 1-0 ke atas Costa City.

Satu lagi keputusan membanggakan berjaya direkodkan oleh juara bertahan Liga Super Malaysia itu apabila mengikat jaguh Eropah, Cardiff City FC dengan keputusan 2-2.

Jaringan minit akhir oleh Oscar Arribas berjaya memadam kelebihan Cardiff untuk mengekalkan rekod tenpa kalah di Sepanyol.

Satu lagi keputusan seri berjaya dirakam oleh JDT di Sepanyol berdepan salah sebuah kelab terbaik di sana iaitu Levante UD dengan perlawanan berakhir tanpa jaringan.

Dua perlawanan terakhir pasukan berlangsung dengan begitu sengit namun JDT terpaksa akur tunduk tipis 1-0 kepada Valencia Mestalla sebelum satu lagi kekalahan berdepan Al-Rayyan SC dari Qatar.

JDT merekodkan dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan daripada 6 perlawanan yang telah diharungi dengan berbaki dua perlawanan sebelum aksi pra-musim di Sepanyol melabuhkan tirainya.

Dua pasukan gergasi Timur Tengah, Al Arabi SC dari Qatar bakal menentang JDT pada 19 Julai sebelum Riyadh FC bakal menjadi lawan terakhir pada 21 Julai ini.