DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor luah pendapat mengenai hukuman FIFA yang dijatuhkan ke atas 7 pemain warisan Harimau Malaya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
7 tonggak warisan iaitu Facundo Garces, Hector Hevel, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Gabriel Palmero ketika ini digantung oleh FIFA selepas
Malah, badan induk bola sepak dunia itu turut mengenakan denda berupa wang kepada 7 tonggak warisan ini dan FAM atas dakwaan pemalsuan dokumen ketika mewakili Malaysia.
Oleh itu, Tunku Ismail dalam sesi sidang media pada Sabtu menjangkakan keputusan oleh FIFA ini tidak akan berubah melainkan hukuman yang dikenakan ke atas FAM dan 7 pemain ini.
”Pada pendapat saya, keputusan FIFA ini tidak akan berubah, kalau bertukar mungkin akan membabitkan hukuman,” jawab Tunku Ismail ketika sesi sidang media.
“Saya fikir mereka akan denda FAM, mungkin pasukan kebangsaan juga (dari segi) potongan mata dan gantung pemain-pemain tersebut. Berapa lama mereka kena gantung, kita tak tahu.”
Sehingga kini, 7 pemain warisan Harimau Malaya ini masih digantung oleh FIFA sepanjang siasatan berlangsung dan difahamkan keputusan rayuan FAM bakal diketahui pada 30 Oktober hadapan.