Ketiadaan Noor Al-Rawabdeh Ketika Bertemu Persib Bandung Terjawab
MakanBola
SELANGOR FC

Ketiadaan pemain tengah berprolifik Selangor, Noor Al-Rawabdeh ketika menentang wakil Indonesia, Persib Bandung akhirnya terjawab.

Beliau sebelum itu hadir ke sesi sidang media sebelum perlawanan dan berada dalam senarai pasukan ketika aksi bertemu Persib Bandung.

Namun, beliau mengalami kecederaan pada saat akhir dan tidak boleh beraksi bersama Selangor ketika menentang Pangeran Biru tersebut.

Menurut ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel, Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan pada saat akhir dan beliau merupakan tonggak penting di bahagian tengah.

“Jangan lupa pada saat akhir Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan. Seperti anda tahu pada awal permulaan aksi bahagian tengah kami mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri bersama.”

“Ketiadaan Noor Al-Rawabdeh sangat penting dan menyebabkan kami tidak mempunyai keseimbangan di bahagian tengah,” kata Christophe Gamel selepas aksi bertemu Persib Bandung.

Ketika ini, Selangor berada di tangga tercorot kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini dengan 0 mata. Sementara itu, Persib Bandung mendahului kumpulan 7 mata.