Bekas pemain pertahanan Port FC sah sertai skuad Red Giants bagi saingan Liga Super musim 2025-2026.
Perkara ini disahkan melalui laman sesawang Instagram Selangor pada petang ini dan Kevin merupakan pemain asing terbaharu bagi musim ini.
Pemain kacukan Sweden-Thailand itu bakal meneruskan perjalanan bolasepak di negara Asia Tenggara selepas 9 musim di Thailand.
Dia yang memulakan karier di beberapa kelab di Sweden dan Jerman seperti Djurgarden, W.Bremen dan Atvidabergs FF sangat mempunyai kualiti di peringkat Eropah.
Kevin bakal merebut tempat bek kiri di Selangor bersama-sama dengan Fazly Mazlan bagi mengharungi saingan liga musim ini.
Dia yang telah memenangi satu piala ketika berada di Thailand iaitu Piala Thailand pada musim 2018-2019 ketika bersama skuad Port FC diharapkan bakal membantu Selangor memenangi piala pada musim ini.