Khabar Gembira Berganda Buat Negeri Sembilan
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Negeri Sembilan menerima dua khabar gembira menjelang tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M) pada Januari 2026.

Salah satunya ialah pemain sayap Bosnia-Herzegovina, Jovan Motika akan terus kekal bersama pasukan itu.

Malah, perkara ini disahkan CEO Negeri Sembilan, Faliq Firdaus apabila ditanya tentang status pemain sayap berusia 27 tahun itu.

“(Jovan Motika) masih (kekal di Negeri Sembilan). Semalam (aksi menentang Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) perlawanan terakhir dia untuk 2025,” katanya.

Selain itu, pengurusan Sang Rusa juga sudah mengenal pasti pengganti Alex Agyarkwa. Agyarkwa tidak bersama Negeri Sembilan kerana kembali ke pangkuan asalnya, Selangor FC.

Tidak lama selepas itu, wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran memaklumkan pemain tengah Palestin, Oday Kharoub sebagai pemain sasaran Sang Rusa.

“Sementara itu Oday Kharoub berpotensi sebagai pengganti Alex Agyarkwa di bahagian tengah. Perbincangan antara Oday dan kelab kelihatan lancar,” katanya di X.

Oday bukan asing dengan Liga M kerana pernah beraksi untuk Kelantan Darul Naim FC (kini Kelantan TRW) pada musim 2024/25.

Negeri Sembilan juga dalam proses merekrut seorang pemain dari liga Jepun apabila tetingkap perpindahan Januari dibuka.