Khidmat Rodrigo Holgado bakal ditagih Harimau Malaya untuk dua aksi antarabangsa pada September ini.
Ini selepas wartawan Colombia, Nany Florez mendedahkan penyerang America de Cali itu telah dipanggil untuk menyertai skuad negara untuk aksi menentang Singapura dan Palestin.
Ini bermakna America de Cali perlu menghadapi Atletico Bucaramanga dan Deportivo Cali tanpa khidmat Holgado.
“Rodrigo Holgado telah dipanggil skuad kebangsaan Malaysia untuk dua aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin pada 4 dan 8 September.
“Beliau tiada untuk perlawanan menentang Atletico Bucaramanga (3 September) dan Deportivo Cali (7 September),” katanya di X.
Holgado bakal disertai pemain Unionistas de Salamanca, Gabriel Palmero untuk tugasan bersama Harimau Malaya.
Ini selepas kelabnya mengesahkan Palmero akan menyertai skuad kebangsaan untuk tugasan antarabangsa pada September ini.