Ko Kwang-min Umum Gantung But
MakanBola
Sabah FC

Bekas pemain Sabah FC, Ko Kwang-min mengumumkan persaraan dari arena bola sepak.

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam satu hantaran di akaun Instagram baru-baru ini. Kwang-min merasakan ini masa terbaik untuk beliau bersara dan memberi fokus kepada keluarga.

“Selama dua setengah tahun, saya berikan segalanya kepada Sabah FC dan bermain tanpa sebarang penyesalan.

“Saya mahu memainkan dua peranan sebagai pemain tetapi saya rasa ini keputusan tepat untuk berhenti di sini,” katanya.

Kwang-min turut menzahirkan penghargaan kepada penyokong Sang Badak. Ini kerana mereka sentiasa memberi sokongan kepada beliau sepanjang berada di Sabah.

“Saya seorang pemain yang tidak cekap tetapi jika anda mengingati saya sebagai seorang pemain yang rajin, saya akan bekerja keras dalam lembaran kehidupan saya seterusnya.

“Ini kerana saya fikir pada ketika itu saya telah mencapai segala-galanya sebagai seorang pemain,” tambahnya.

Sepanjang bersama Sang Badak, Kwang-min merekodkan 61 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Liga Super dan Piala AFC.

Beliau juga pernah beraksi mewakili FC Seoul, Yangpyeong FC dan Hwaseong FC ketika di Korea Selatan.

Kwang-min antara 13 pemain yang tidak dikekalkan Sabah selepas tamat musim 2024/25. Selain beliau, Sabah juga tidak mengekalkan Park Tae-su dan Saddil Ramdani.