Pemain tengah Malaysia, Kobe Chong kini sah mewakili Worcester City.
Ini selepas kelab divisyen tujuh England itu mengumumkan perpindahan pemain tengah berusia 24 tahun itu di laman sesawang rasmi mereka.
“Worcester City dengan sukacitanya mengumumkan perpindahan pemain tengah menyerang, Kobe Chong dari St. Ives Town,” kata kelab dalam satu kenyataan.
“Kobe kerap membuat penampilan untuk St. Ives musim ini, membuat tujuh penampilan dan menjaringkan satu gol.
“Beliau membawa lebih banyak pengalaman kepada skuad City kerana sebelum ini pernah mewakili skuad remaja Cagliari, Solihull, Banbury, Redditch, Alvechurch, Nuneaton, AFC Telford, Kettering Town dan King’s Lynn.”
Kobe turut diturunkan dalam aksi terbaru Southern Football League Premier Division Central antara Worcester dan Stourbridge. Beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-75.
Meskipun hanya beraksi selama 15 minit, Kobe memastikan Worcester mengikat Stourbridge 2-2. Ini turut membantu kelab itu kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan.