Kobe Chong Buka Akaun Gol Stourbridge
MakanBola
Stourbridge FC

Selepas mencipta bantuan gol pertama bersama Stourbridge, Kobe Chong kini membuka akaun jaringannya.

Gol sulung Kobe diraih dalam aksi terbaru Southern League Premier Division Central antara Stourbridge dan Harborough Town.

Pemain berusia 24 tahun itu membuka tirai jaringan buat kelab itu pada minit kesembilan. Selepas diikat 1-1, Dom Lewis menjadi wira dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-83.

Kemenangan ini juga cukup manis buat jurulatih baharu Stourbridge, Scott Adey-Linforth. Ini kerana beliau membuka aksi sulungnya bersama kelab itu dengan kemenangan.

Lebih menarik, Stourbridge turut menamatkan rekod tanpa kalah Harborough Town selama setahun dalam semua kejohanan.

https://twitter.com/StourbridgeFC/status/2001565045294325956

Kobe turut meraikan kemenangan itu dengan memuat naik gambar gol beliau di akaun X peribadinya.

Bekas pemain West Brom itu menyertai Stourbridge selepas meninggalkan Worcester City baru-baru ini.

Selain Worcester City dan West Brom, Kobe pernah mewakili Peterborough United, Alvechurch, Barwell dan Kettering Town.