Komen Bintang Brunei DPMM Tarik Perhatian Peminat
MakanBola
DPMM FC

Komen salah seorang pemain Brunei DPMM di media sosial MFL meraih perhatian ramai selepas tewas kepada Kuching City pada Sabtu lalu.

Brunei DPMM bertandang ke Stadium Negeri pada Sabtu lalu untuk menentang Kuching City dalam perlawanan Liga Super namun terpaksa akur tumpas 1-0 kepada kelab dari Sarawak itu.

Jaringan Ramadhan Saifullah memberikan kemenangan buat Kuching City sekaligus menghancurkan impian Brunei DPMM untuk membawa balik 3 mata yang cukup berharga dari Bumi Kenyalang.

Walau bagaimanapun, aksi tersebut dihiasi dengan drama di penghujung permainan apabila gol penyamaan oleh Prosper Boakye pada masa tambahan dibatalkan pengadil tidak lama kemudian.

Insiden ini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain dan penyokong Brunei DPMM yang menganggap gol daripada tendangan penjuru itu seharusnya disahkan kerana tiada unsur kekasaran.

Pengadil kekal dengan keputusan untuk tidak menerima gol penyerang Brunei DPMM itu dan menyaksikan kemenangan 1-0 memihak anak didik Aidil Sharin selepas tamat 90 minit perlawanan.

Sebaik aksi berakhir, pihak MFL memuat naik grafik masa penuh perlawanan antara Kuching City dan Brunei DPMM namun komen pemain tengah, Miguel Oliveira mendapat perhatian pula.

Miguel Oliveira sempat meninggalkan komen berupa emoji ‘tidak bagus’ di laman instagram MFL, memberi gambaran rasa hampa pemain import kelahiran Portugal itu terhadap keputusan aksi itu.

Komen Miguel Oliveira Komen Bintang Brunei DPMM Tarik Perhatian Peminat
Komen Miguel Oliveira Di Instagram MFL

Sungguhpun begitu, niat sebenar yang mahu disampaikan oleh Oliveira menerusi komen itu kurang jelas ketika mana para peminat melihat emoji tersebut adalah gambaran rasa kecewa beliau.

Kekalahan DPMM di Stadium Negeri itu menyaksikan anak-anak buah Jamie McAllister ini sekadar menduduki tangga ke-12 Liga Super dengan mengumpul 5 mata selepas 9 aksi.