Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali meninggalkan satu komen yang mengundang persoalan dalam kalangan peminat sukan negara.
Jaguh berusia 18 tahun itu meninggalkan satu komen yang berbunyi, “Bila bercakap semua boleh buat, Bila sudah cuba, baru tahu.”
Komen itu dibuat Johan menerusi satu video berdurasi 24 saat yang disiarkan di akaun TikTok peribadinya.
Sejak komen tersebut dinaikkan, ramai tertanya-tanya mengapa jaguh yang mesra disapa Jojo itu membuat kenyataan tersebut.
Ramai peminat percaya komen jaguh ONE Championship itu merujuk kepada sebuah acara sukan yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Johan kini sibuk membuat persediaan untuk pertarungan beliau yang seterusnya. Beliau turut meminta ONE Championship menentukan siapa lawan berikutnya selepas ini.