Kuching City mahu mengekalkan fokus bagi hadapi dua aksi getir di saingan Liga Super dan Piala FA.
Pasukan Borneo itu membuka aksi di saingan Liga Super dengan bergaya apabila menundukkan TRW di halaman sendiri.
Skuad Kuching City berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-0 hasil dua jaringan oleh Ronald Ngah Wanja, Joao Pedro dan Ramadhan Saifullah masing-masing menjaringkan satu gol.
“Kita ambil langkah satu per satu. Fokus sekarang adalah Piala FA, kemudian barulah kita hadapi JDT.”
“Pemilihan pemain bergantung kepada prestasi di latihan. Semua ada peluang,” ujar Zulkarnein Mohamad, Penolong jurulatih Kuching City di sidang media selepas perlawanan.
Kemenangan Kuching City di perlawanan pembukaan Liga Super dapat memberi semangat dan kekuatan bagi skuad tersebut dalam dua aksi getir Piala FA bertemu Brunei DPMM dan juara Piala Sumbangsih musim baharu, JDT di saingan Liga Super.
Skuad Kuching City dijadualkan bakal menghadapi cabaran Brunei DPMM di Piala FA pada 16 Ogos dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah Liga Super pada 24 Ogos di halaman sendiri.