Kuching City FC bakal mengharungi lima aksi pra-musim di bumi Indonesia.
Ini selepas 2Touch International mengumumkan jelajah pra-musim The Cats di Indonesia dari 18 hingga 27 Julai ini.
18 Julai menyaksikan anak buah Aidil Sharin Sahak akan menentang juara Liga 1 Indonesia musim 2022/2023, PSM Makassar.
Ini disusuli aksi menentang Persita Tangerang pada 20 Julai. Kelab Liga 2 Indonesia, Garudayaksa FC akan menguji Kuching City pada 22 Julai.
Ini disusuli Dewa United pada 24 Julai. Persita akan menutup jelajah The Cats apabila menentang mereka buat kali kedua pada 27 Julai.
Jelajah pra-musim ini dilihat peluang terbaik buat Aidil memantapkan keserasian pemain terutama pemain baharu yang menyertai kelab berkenaan.
Antara pemain yang menyertai Kuching City untuk musim 2025/26 ialah Gabriel Nistelrooy, Joao Pedro, Scott Woods, Haziq Nadzli dan Danial Asri.