Kuwait Beri Pengajaran Berguna Kepada Malaysia B-23
MakanBola
MALAYSIA NT

Skuad muda Kuwait memberi pengajaran berguna kepada Malaysia B-23 pada aksi latihan sebelum kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand.

Pasukan Malaysia B-23 telah bertemu skuad Kuwait sebanyak 2 kali bagi aksi latihan terakhir sebelum memasuki kempen kelayakan Piala Asia B-23.

Perlawanan pertama menyaksikan skuad Malaysia tunduk dengan keputusan 1-0 hasil jaringan oleh Mooath Alenezi pada 21 Ogos lalu.

Selepas itu, kedua-dua pasukan tersebut bertembung kembali namun skuad Malaysia terpaksa akur tumpas buat kali kedua dengan keputusan yang sama 1-0 hasil ledakan oleh Mooath Alenezi pada 28 Ogos.

Skuad Malaysia turut melakukan perlawanan percubaan bertemu Nanthaburi pada 25 Ogos. Harimau Muda berjaya menumpaskan pasukan tersebut dengan keputusan 11-0.

Antara penjaring skuad Malaysia dalam perlawanan tersebut adalah Danish Syamer, Izrin Ibrahim, Aiman Yusoff dan Haqimi Azim.

Malaysia B-23 bakal membuka tirai perlawanan kelayakan Piala Asia B-23 dengan menentang pasukan Lubnan pada 3 September dan Mongolia selang 3 hari manakala menutup kempen tersebut bertemu tuan rumah, Thailand 9 September.