LaLiga: Pemain Negara Haram Dicemuh Penyokong Sevilla
MakanBola
Sevilla FC

Pemain Israel, Manor Solomon menerima cemuhan penyokong Sevilla dalam aksi terbaru LaLiga baru-baru ini.

Sebelum masuk sebagai pemain gantian untuk pasukan baharunya, Villarreal, Solomon dicemuh para penyokong Los Rojiblancos. Video insiden ini dikongsikan wartawan sukan terkenal, Leyla Hamed.

Ini disebabkan tindakan pemain berusia 26 tahun itu menyokong tindakan kejam rejim Israel ke atas rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza.

Tindakan Solomon itu mencetuskan kemarahan ramai peminat bola sepak ketika mewakili Tottenham Hotspur dan Leeds United.

Sebaik peminat Villarreal mendapat tahu pengurusan kelab itu mendapatkan beliau secara pinjaman daripada Spurs, mereka mengecam pengurusan kelab sebagai tidak bermoral.

Solomon bukan satu-satunya pemain kontroversi yang menyertai Villarreal musim ini. Selain beliau, bekas pemain tengah Arsenal, Thomas Partey turut menyertai kelab itu.

Nama Partey menjadi kontroversi kerana beliau kini berdepan liam tuduhan rogol di mahkamah di London.