Laman Sesawang FAM Digodam, Tinggal Mesej Berbaur Provokasi
MakanBola
FA Malaysia

Arena bola sepak negara dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam laman sesawang pangkalan data FAM.

Laman sesawang Sistem Pengurusan Perlawanan (CMS) FAM beberapa kali digodam pihak tidak bertanggungjawab dalam tempoh 48 jam.

Sebelum ini, penggodam meninggalkan mesej berbaur provokasi di laman tersebut pada petang 5 Oktober lalu.

Mesej tersebut berbunyi,”Woi, anda main bola ke main buat kad pengenalan palsu? Menang lawan Vietnam, kalah lawan pencetak dokumen!”

5a2e0865 89e8 47da 8ac6 cc619c3ae15c Laman Sesawang FAM Digodam, Tinggal Mesej Berbaur Provokasi

Pengurusan FAM kemudiannya berjaya memulihkan semula sistem tersebut menjelang malam hari yang sama.

Laman ini sekali lagi digodam kali ini dengan penggodam meninggalkan mesej laman CMS badan induk itu telah digodam. Mereka turut menuntut bayaran sebanyak AS$7,000 (RM29,500) sebagai tukaran untuk melepaskan laman berkenaan.

cae01ef3 aa33 400e 9af1 5d0489d2ddf3 Laman Sesawang FAM Digodam, Tinggal Mesej Berbaur Provokasi

Semakan terbaru di laman tersebut mendapati ia kini digantikan dengan mesej yang berbunyi “Fail tidak dijumpai.”

Selain laman CMS, penggodam sama turut meninggalkan mesej berbaur provokasi apabila pengguna cuba mencari laman tersebut di platform carian.

Screenshot 2 Laman Sesawang FAM Digodam, Tinggal Mesej Berbaur Provokasi

“Kenapa anda semua b****? Anda semua main bola atau main kad pengenalan palsu?,” katanya dalam mesej tersebut.

“Adoi, apa hal pula mahu libatkan Indonesia? FIFA hukumlah FAM, bukan PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia).”

Insiden ini timbul tatkala FAM dalam proses merayu hukuman yang dikenakan FIFA terhadap badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara.