Laos berada dalam keadaan cemas bagi menghadapi satu lagi aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Skuad kendalian Ha Hyeok-jun bakal mengharungi aksi keempat Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Laos bagaimanapun menerima tamparan hebat susulan tunduk di tangan Harimau Malaya pada aksi ketiga kumpulan di laman sendiri, pada 9 Oktober yang lalu.
Kekalahan 3-0 itu memberi tamparan hebat selepas pasukan ke-185 dunia terlepas peluang untuk meraih tambahan mata FIFA sebelum ke Bukit Jalil.
Berdasarkan prestasi semasa, Laos hahya merekodkan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan dalam lima aksi terakhir pasukan selain bolos 15 kali dalam tempoh tersebut.
Situasi ini berbeza dengan Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski yang memiliki rekod bersih dalam Kumpulan F selepas tiga perlawanan termasuklah belum tewas pada tahun 2025.
Aksi Malaysia vs Laos dijadual berlangsung pada Selasa, 13 Oktober 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.