Kenyataan 7 pemain warisan Harimau Malaya kepada pihak Jawatankuasa Bebas (IIC) telah didedahkan kepada umum.
Kes membabitkan 7 pemain warisan Harimau Malaya ini telah disiasat oleh pihak IIC yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif bersama 3 lagi ahli panel.
Hasil laporan siasatan IIC mendapati pihak yang memalsukan dokumen 7 pemain ini tidak dapat dikenal pasti selepas tidak mendapat kerjasama daripada Notari Awam dan ejen pemain terbabit.
“IIC tidak dapat menentukan secara muktamad pihak yang memalsukan dokumen-dokumen yang dipertikaikan,” simpul IIC di akhir laporan.
“Keadaan ini berlaku kerana Notari Awam yang mengesahkan dokumen tersebut tak memberikan kerjasama, manakala ejen kepada 7 pemain itu gagal dikesan walaupun pelbagai usaha munasabah telah dilakukan.”
Walau bagaimanapun, IIC berjaya mendapatkan kenyataan daripada Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca, Hector Hevel, Jon Irazabal dan Joao Figueiredo.
Di bawah ini adalah keratan sesi soal jawab 7 pemain terbabit bersama IIC untuk membantu siasatan yang diambil daripada laporan rasmi pada Selasa.
Gabriel Palmero

Facundo Garces, Rodrigo Holgado & Imanol Machuca

Joao Figueiredo

Jon Irazabal

Hector Hevel

Tinjauan dari jawapan yang diberikan mendapati kesemua 7 pemain ini mendapat tawaran daripada ejen masing-masing dan menyerahkan urusan kepada mereka sebelum mewakili Malaysia.