Lee Zii Jia Tarik Diri 3 Kejohanan
UltraSukan
MSN Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia sah hanya akan beraksi pada tahun hadapan.

Ini selepas Zii Jia menarik diri daripada saingan Syed Modi India International 2025. Sebelum ini, beliau turut menarik diri daripada saingan Australian Open dan Kumamoto Masters.

Memandangkan Syed Modi India International merupakan kejohanan terakhir beliau untuk tahun 2025, maka Zii Jia dijangka beraksi semula pada 2026.

Status terbaru penyertaan Zii Jia diketahui peminat badminton negara menerusi kemas kini penyertaan pemain yang dibuat ShuttleHard.

Penarikan diri ini dilihat ada kaitan dengan masalah kecederaan belakang yang dialami beliau di China pada September lalu.

Malah, pasukan pengurusan Zii Jia memaklumkan beliau menjalani program pemulihan lanjutan bagi merawat kecederaan tersebut pada bulan lalu.

Tahun 2025 disifatkan tahun mencabar buat beliau dari segi kecergasan. Ini kerana bukan sekali masalah kecederaan menggugat momentum Zii Jia dalam beberapa kejohanan yang disertainya.