Leong Jun Hao Teruja Dapat Berlatih Bersama 3 Pemain Handalan Di Denmark
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao mengakui teruja kerana dapat berlatih bersama tiga pemain handalan Denmark di negara itu.

Jun Hao ketika ini berada di Denmark bersama seorang lagi jaguh perseorangan lelaki, Justin Hoh dan jaguh perseorangan wanita, K. Letshanaa.

Ini memberi peluang buat trio berkenaan merasai pengalaman berlatih bersama pemain-pemain hebat dari negara Scandinavia itu.

Bagi Jun Hao, beliau cukup teruja kerana dapat berlatih bersama pemain handalan Denmark seperti Anders Antonsen dan Rasmus Gemke.

Pengalaman ini cukup berguna buat beliau lebih-lebih lagi menjelang saingan BWF World Championships yang akan bermula tidak lama lagi.

“Saya rasa mungkin sebab (Denmark dipilih) kerana di sana ada tiga pemain handalan yang berada pada prestasi terbaik.

“Jadi, diberi peluang berlatih sekali (bersama mereka) memang agak baiklah,” katanya kepada BAM TV.

Jun Hao dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia merupakan wakil Malaysia dalam BWF World Championships dalam acara perseorangan lelaki.