JDT II berjaya menumpaskan pasukan Malaysia University dengan keputusan 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Ahad.
Pasukan tuan rumah, JDT II menurunkan Zulhilmi Sharani di benteng terakhir dan Aysar Hadi menggalas lilitan kapten manakala Miquel Cuesta mengemudi jentera serangan.
Sementara itu, Malaysian University membariskan Ashraf sebagai penjaga gol dan Zharif mengetuai kesebelasan utama pasukan tersebut.
JDT II tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan perlawanan menerusi Franco Casquete pada minit ke 17′ sekaligus mendahului perlawanan.
Malaysian University turut melakukan percubaan berbahaya ke arah gawang JDT II namun ketangkasan penjaga gol, Zulhilmi Sharani harus diberi pujian.
JDT II yang dilihat menguasai hampir keseluruhan perlawanan di separuh masa pertama tampak gagal mencari gol tambahan meskipun beraksi dengan penuh bertenaga.
Memasuki minit ke 35′ kedudukan masih didahului oleh pasukan tuan rumah, Harimau Selatan dengan sempurna.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT II.
Bersambung babak kedua perlawanan, JDT II terus meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol tambahan.
Harimau Selatan terus menerus mengasak kubu pasukan Malaysian University di hadapan penyokong sendiri.
Memasuki minit ke 75′ Malaysian University masih buntu untuk mencari gol penyamaan selepas beberapa serangan berjaya dipatahkan dengan mudah.
Perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT II sekaligus meraih 3 mata penuh di halaman sendiri.
JDT II bakal meneruskan aksi dalam Liga A1 dengan menentang pasukan Kedah FA pada 18 Oktober di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Sementara itu, Malaysian University bakal menerima kunjungan Kelantan RW di tempat sendiri pada 26 Oktober dalam perlawanan Liga A1.