Liga A1: Kedah Darul Aman Tumpaskan Machan
MakanBola
KDA FC

KDA berjaya menumpaskan Machan dalam aksi perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan bagi saingan Liga A1 Semi-Pro 2025-2026.

KDA FC yang dibimbing Azzmi Ab Aziz menurunkan Aqil di benteng terakhir dan Sharul sebagai penyerang untuk merobek gawang Machan manakala Zamri mengetuai pasukan KDA pada petang ini.

Sementara itu, Skuad Machan membariskan Ahmad Solehin di bahagian penjaga gol dan Muhammad Akhir sebagai kapten pasukan Machan.

Skuad KDA tidak menunggu lama apabila berjaya membuka akaun jaringan di hadapan halaman sendiri seawal minit ke 5 yang dijaringkan oleh kapten pasukan, Zamri.

Zamri menunjukkan kualiti sebagai kapten pasukan dengan sangat baik apabila berjaya mengawal permainan Kedah secara teratur.

Skuad Machan turut melancarkan serangan berbahaya namun berjaya disekat oleh pertahanan Kedah bagi memastikan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah.

View this post on Instagram

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)

Bersambung babak kedua, kedua – kedua pasukan masih menyerang ke gawang lawan masing-masing bagi mencari jaringan untuk memastikan 3 mata penuh.

KDA membuat pertukaran pada minit ke 58 dengan mengeluarkan Sharul Aiman dan memasukkan Shahrul Zulkifli bagi menambah bisa serangan skuad tersebut.

Skuad Kedah dan Machan terus melakukan beberapa pertukaran dan menambahkan serangan di bahagian hadapan bagi mendapatkan jaringan penambahan namun masih gagal sehingga minit ke 90.

Perlawanan tamat dengan skuad Kedah Darul Aman berjaya mengutip 3 mata penuh bagi aksi pembukaan KDA dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026 .