Liga A1: Kelantan Red Warrior Bangkit Ikat UM Damansara
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC

Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat UM Damansara United dalam aksi terbaru Liga A1.

Aksi ini merupakan aksi sulung Kelantan RW dalam Liga A1. Ini selepas kelab itu bebas daripada sekatan FIFA beberapa minggu lalu.

Justeru, Kelantan RW berharap dapat meraih kemenangan dengan menurunkan Privat Mbarga sebagai tonggak di bahagian serangan. Bekas penyerang Imigresen FC, Thankgod Michael Ogwuche menjadi sandaran gol UM Damansara.

Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah cuba mendapatkan gol awal di Stadium Sultan Muhammad IV tetapi tidak berhasil.

Sebaliknya, UM Damansara yang dibimbing Ridzuan Abu Shah mula menguji benteng Kelantan RW menerusi Ogwuche, Anuar Ceesay dan Nicolas Vargas.

Gol yang dicari pelawat hadir pada minit ke-30 menerusi Mohamad Syahir Abdul Rahman. Gol tersebut mendorong Kelantan RW berusaha mencari jaringan penyamaan.

Malangnya, gol penyamaan yang dicari tidak kunjung tiba. Ini memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Kelantan RW terus berusaha mencari gol penyamaan. Malangnya, sentuhan penyudah pasukan Pantai Timur itu masih tumpul.

Mbarga menyangka telah menyamakan kedudukan buat Kelantan RW pada minit ke-63. Walau bagaimanapun, gol itu dibatalkan atas alasan berlaku kekasaran ke atas penjaga gol UM Damansara, Ameerul Eqhwan Mohd Fauzi.

Pengendali Kelantan RW, Irfan Bakti Abu Salim membuat tiga pertukaran pemain. Tiga pemain gantian dibawa masuk termasuk bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Kehadiran mereka memberi nafas baru kepada jentera serangan tuan rumah. Hasilnya, kapten Kelantan RW, Arham Khussyairi Ab Wahab meledakkan gol penyamaan pada minit ke-87.

Keputusan ini menyaksikan UM Damansara melonjak ke tangga ketiga Liga A1 dengan empat mata. Kelantan RW pula naik ke tangga ke-13 dengan satu mata.

Selepas ini, UM Damansara akan menentang Malaysian University FT (MUFT) pada 29 Ogos. Kelantan RW pula akan menentang Kedah FA pada