Liga A1: Kelantan WTS Tumpaskan Kedah DA
MakanBola
WAN TENDONG STABLE

Kelantan WTS berjaya menundukkan skuad Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-2 dalam aksi Liga A1 di Stadium Mini MPKP Jitra pada Jumaat.

Pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman menurunkan Wan Syazmin sebagai penjaga gol sambil menggalas lilitan kapten dan Shahrul bagi merobek gawang Kelantan.

Sementara itu, Kelantan WTS membariskan Syazwan di benteng terakhir dan Shafiq Al Hafiz mengawal posisi tengah skuad tersebut.

Kelantan dilihat melancarkan beberapa serangan berbahaya pada awal minit permainan bagi memperoleh gol pendahuluan perlawanan.

Selain itu, Kedah DA turut melakukan percubaan ke arah gawang pasukan Kelantan namun rembatan tersebut hanya tersasar jauh dari gawang skuad tersebut.

Pasukan pelawat, Kelantan WTS berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 20′ menerusi Aqil Hilman sekaligus memberikan sedikit kelegaan kepada skuad Kelantan.

Kedah DA yang tersentak dengan jaringan tersebut dilihat menggandakan asakan ke gawang Kelantan WTS namun ketangkasan penjaga gol skuad tersebut harus diberi pujian.

Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan pelawat, Kelantan WTS.

View this post on Instagram

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)

Bersambung babak kedua perlawanan, skuad Kedah DA terus melancarkan serangan ke benteng Kelantan WTS bagi mencari jaringan penyamaan.

Kedah DA berjaya menyamakan kedudukan perlawanan selepas Shahrul berjaya meledak jaringan pada minit ke 50′. Ia memastikan Kedah DA masih berpeluang mencuri 3 mata penuh.

Kelantan WTS turut berjaya menambah jaringan perlawanan pada minit ke 67′ menerusi Muhammad Shahrul bagi memastikan skuad tersebut kembali di hadapan.

Kedah DA dilihat semakin meningkatkan intensiti permainan bagi memperoleh gol kedua perlawanan pada 10 minit terakhir perlawanan namun ketangkasan penjaga gol skuad Kelantan WTS, Syazwan harus diberi pujian.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2 memihak kepada pasukan pelawat, Kelantan WTS di Stadium Mini MPKP Jitra pada Jumaat.