Kedah berjaya mengikat pasukan Perak walaupun beraksi di tempat lawan.
Skuad KFA yang menurunkan Rajendran sebagai penjaga gol dan Pape Diakite diberi lilitan kapten manakala Asnan Ahmad atau lebih dikenali sebagai cikgu mengemudi di bahagian tengah.
Selain itu, pasukan Perak membariskan Syazwan Syazany sebagai benteng terakhir di gawang dan Kamal Arif menjadi ketua pasukan pada malam ini.
Perlawanan bermula dengan sangat laju apabila kedua-dua pasukan mahukan kemenangan selepas pada perlawanan pertama Perak dan Kedah FA gagal mengutip tiga mata penuh.
Kedah yang dilihat menguasai permainan masih gagal mencari jaringan apabila pertahanan Perak masih berdisiplin untuk menepis kesemua percubaan pemain-pemain KFA.
Pasukan Perak turut melancarkan beberapa serangan bahaya namun masih tidak mampu untuk mencetak jaringan walaupun beraksi di halaman sendiri.
Kedudukan separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Separuh masa kedua bermula dengan pantas oleh KFA melancarkan serangan di kubu Perak namun percubaan tersebut tidak menepati sasaran.
Perak dilihat berdisiplin walaupun ditekan oleh pasukan KFA di kedua-dua separuh masa namun ketangkasan penjaga gol Perak harus dipuji.
Memasuki minit ke 70, kedudukan masih terikat tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan sering membalas serangan ke gawang masing-masing.
Perak dan KFA meningkatkan serangan dalam 20 minit terakhir permainan bagi memecahkan kebuntuan jaringan pada malam ini namun masih gagal.
Keputusan tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.