Selangor II beraksi cemerlang di gelanggang sendiri selepas kalahakan Kelantan Red Warrior dalam aksi Liga A1 Semi Pro pada Khamis.
Kemenangan 2-1 Selangor II di Stadium UPM ini menyaksikan anak didik Christopher Gamel masih belum tewas selepas 4 aksi tatkala Kelantan Red Warrior pula baru tumpas di tangan Kedah FA.
Selangor II menaruh kepercayaan kepada Azim Al-Amin bagi mengemudi gawang sementara Ismail Dunga, Otis Khan dan Emmanuel Mbarga membarisi jentera serangan Kelantan Red Warrior.
Gol pertama perlawanan dihasilkan oleh penyerang muda, Rahman Daud menerusi sepakan penalti pada minit ke-19 selepas pertahanan pelawat menolak pemain Selangor II.
Malang menimpa Kelantan Red Warrior apabila bek tengah, Muhammad Bin Mohd Fauzi dilayangkan kad merah setelah didakwa melakukan kekasaran terhadap pemain Selangor II di minit ke-41.
Moses Raj menambah jaringan untuk pasukan tuan rumah selepas menanduk masuk tendangan percuma pada minit ke-42 sekaligus memberikan Selangor II kelebihan berganda.
Kedudukan kembali rapat setelah Emmanuel Mbarga bijak memanfaatkan kesilapan pertahanan Selangor II untuk gol pertama Kelantan Red Warrior sebelum kedua-dua pasukan rehat.
Keputusan akhir di Stadium UPM, Selangor II 2-1 Kelantan Red Warrior.