Liga Super Malaysia bakal menerima sentuhan bekas bintang dunia yang pernah bermain bersama skuad Manchester United.
Kelab baharu menyertai Liga Super musim ini, Brunei DPMM bakal diperkuatkan oleh bekas pertahanan Manchester United, Tyler Blackett.
Pemain tersebut merupakan kelahiran Akademi Manchester United bermula dari tahun 2002.
Tyler Blackett melakukan debut bersama skuad utama Manchester United adalah pada 16 Ogos 2014 dalam aksi pertama Louis Van Gaal bersama skuad The Red Devils.
Beliau turut pernah mewakili beberapa kelab seperti pasukan utama Manchester United, Blackpool, Birmingham, Celtic, Reading, Nottingham Forest, Cincinnati dan Rotherham.
Beliau turut menjulang beberapa kejuaraan bersama Manchester United iaitu Liga Premier England bawah 21 tahun sebanyak 2 kali dan Piala Muda English FA pada musim 2010-2011.
Tyler Blackett sedang menjalani sesi latihan bersama skuad Brunei DPMM sebelum menyertai kelab tersebut pada musim ini.
Brunei DPMM bakal meneruskan aksi dalam saingan Liga Super musim ini dengan menentang Kuala Lumpur pada 22 September.