Bekas import Sabah, Saddil Ramdani mendoakan kejayaan skuad The Rhinos bagi musim 2025-2026.
Saddil Ramdani memulakan karier bola sepak di Malaysia bersama Pahang pada musim 2019 selepas berpindah dari kelab berpangkalan di Indonesia, Persela.
Seterusnya, Saddil terus meneruskan karier bola sepak beliau ke kelab Bhayangkara yang bermain di Liga 1 Indonesia pada musim 2020.
Nama Saddil Ramdani mula disebut-sebut oleh peminat bola sepak di Malaysia terutamanya peminat dari Borneo ketika menyertai pasukan Sabah pada musim 2021.
Saddil yang menyertai Liga Malaysia selama 6 musim itu termasuk ketika bersama Pahang telah merekodkan sebanyak 104 penampilan di dalam semua pertandingan termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Saddil yang merupakan pemain di posisi sayap kiri tersebut telah menjaringkan 24 gol dan 27 bantuan jaringan bagi membuktikan kredibiliti sebagai antara pemain sayap terbaik ketika beraksi di Malaysia.
Menurut Saddil Ramdani, faktor utama beberapa pemain Sabah meninggalkan kelab tersebut kerana mengikuti langkah jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
“Mungkin itu faktor utama dengan ketiadaan jurulatih Datuk Ong Kim Swee kerana kita mempunyai tujuan yang sama dan begitu kuat bersama Datuk Ong Kim Swee.”
“Apa yang kami cadangkan ke hadapannya itu jelas ketika bersama Datuk Ong semuanya jelas dan pemain-pemain bersama Datuk Ong sangat bermotivasi untuk meraih sesuatu.”
“Walaupun kami di kedudukan 3 terbaik atau 5 terbaik kami patut bersyukur kerana bagi saya JDT sudah sangat bagus untuk dilawan.”
“Menurut saya, pemain-pemain Sabah bagi musim ini sangat baik. Walaupun saya tidak berada di sana saya selalu mendoakan kejayaan skuad Sabah,” kata Saddil Ramdani ketika di temubual bersama Astro Arena.
Saddil Ramdani merupakan rekrut terbaharu skuad Persib Bandung bagi musim 2025-2026 Liga 1 Indonesia.