Terengganu berjaya membenam cabaran pasukan Melaka dengan keputusan 4-0 dalam aksi Liga Super minggu ke 5 pada Jumaat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Skuad Penyu menurunkan Suhaimi Husin di bahagian penjaga gol dan Shahrul Nizam menggalas lilitan kapten manakala Careca mengetuai jentera serangan.
Sementara itu, Melaka membariskan Firdaus Irman di benteng terakhir dan Nasir Basharudin sebagai ketua pasukan skuad tersebut.
Terengganu terus melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah gawang pasukan Melaka bagi mencari gol pembukaan perlawanan.
Skuad tuan rumah, Terengganu berjaya membuka akaun jaringan seawal minit ke 27′ menerusi Yann Mabella sekaligus menceriakan penyokong sendiri.
Seterusnya, Nurillo Tukhtasinov turut menambah jaringan aksi pada minit ke 33′ untuk menjarakkan defisit dua gol.
Selepas itu, Terengganu dihadiahkan dengan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Che Rashid dan terus dilayangkan kad merah.
Seterusnya, penyerang berprolifik skuad tersebut, Careca berjaya menyudahkan sepakan tersebut pada minit ke 46′.
Yann Mabella melengkapkan separuh masa pertama dengan gemilang apabila meledak gol ke 4 aksi pada akhir masa babak pertama.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 4-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Terengganu.
Bersambung babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah, Terengganu tidak mengendurkan serangan berbahaya walaupun mendahului 4 jaringan di hadapan.
Skuad Penyu tampak menguasai perlawanan di separuh masa kedua bagi mengukuhkan lagi kedudukan semasa.
Melaka dilihat mampu mengawal tekanan yang diberikan oleh pasukan tuan rumah meskipun sudah ketinggalan dengan 4 jaringan.
Memasuki minit ke 75′ perlawanan kedudukan masih didahului oleh pasukan Terengganu dengan 4 gol di hadapan.
Perlawanan tamat dengan keputusan 4-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Terengganu.