Lion City Sailors Tiada Tekanan Hadapi Selangor
MakanBola
LION CITY SAILORS

Ketua jurulatih Lion City Sailors, Aleksandar Rankovic menyifatkan skuad beliau tidak mempunyai sebarang tekanan bagi menghadapi pasukan Selangor dalam aksi kedua ACL 2 pada Rabu.

Keyakinan itu disuarakan apabila skuad beliau tidak pernah tewas ketika bertemu mana-mana pasukan dalam aksi ACL 2 pada musim lepas.

LCS yang menamatkan saingan ACL 2 pada musim lepas di tempat kedua selepas tumpas ketika aksi akhir bertemu Sharjah dari UAE dengan keputusan 2-1.

Menurut Aleksandar Rankovic, skuad beliau sangat teruja untuk beraksi kembali di halaman sendiri selepas beberapa bulan.

“Kami bermain di laman sendiri buat kali pertama dalam semua pertandingan musim ini, jadi kami sangat gembira dapat kembali ke sini selepas empat bulan.”

Tambah Aleksandar Rankovic, beliau mengatakan Lion City Sailors tidak mempunyai sebarang masalah untuk beraksi dalam perlawanan besar seperti bertemu Selangor.

“Tiada tekanan ke atas pasukan. Kami mempunyai sekumpulan pemain berpengalaman yang tahu bagaimana mengendalikan aksi besar. Tumpuan adalah untuk menikmati setiap detik pertandingan ini,” kata Alexsandar Rankovic ketika sidang media sebelum perlawanan.

Lion City Sailors bakal menentang pasukan Selangor bagi aksi kedua ACL 2 pada Rabu di Stadium Bishan, Singapura.