Meskipun kini berada di negara orang, rindu Liridon Krasniqi terhadap Malaysia tidak pernah luntur.
Terbaru, bekas pemain tengah Terengganu FC itu memuat naik gambarnya memakai baju Harimau Malaya berwarna kuning hitam.
Ia kemudiannya disusuli dengan mesej yang disiarkan di Instagram Story, “Malaysia, saya rindukan anda. Saya rindu nasi lemak, saya rindu nasi kandar.

“Saya rindu (semua) orang. Matdon sayangkan anda semua.”
Rasa cinta Liridon terhadap Malaysia mula mekar selepas beraksi untuk Kedah pada 2015. Sejak itu, beliau kemudiannya mewakili Peteh, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United.
Liridon juga berpeluang mewakili Harimau Malaya di peringkat antarabangsa. Beliau meraih enam penampilan dan satu gol bersama Malaysia.
Antara kenangan manis Liridon bersama Harimau Malaya ialah menjaringkan gol ketika menentang Singapura pada 2022.
Selain aktif beraksi dalam saingan Baller League di Jerman, beliau juga dilaporkan kini beraksi untuk Miami United di Amerika Syarikat.