Aksi tumpuan antara Buriram United vs Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pertama AFC Champions League Elite (ACLE) akan berlangsung pada Selasa.
JDT selaku wakil tunggal Malaysia di pentas ACLE sekali lagi akan membawa nama negara untuk menyumbang mata AFC MA dengan Buriram United menjadi lawan pertama Harimau Selatan.
Ujian getir bakal dihadapi JDT tatkala Buriram United ketika ini berada prestasi terbaik dengan 3 kemenangan berturut-turut selain memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Malah, rekod pertemuan kedua-dua pasukan turut dipegang oleh Buriram United selepas kelab kendalian Osmar Loss ini berjaya meraih kemenangan 1-0 pada aksi terakhir bertemu JDT Mac lalu.
Kesebelasan Utama Buriram United vs JDT
Info Siaran Langsung Buriram United vs JDT
Tarikh: 16 September 2025 (Selasa)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Chang Arena, Buriram, Thailand.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.