Tonton Filipina vs Malaysia dalam perlawanan penentuan pingat gangsa bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 secara langsung dari Stadium Rajamangala.
Selepas kempunan melangkah ke final, Malaysia B-23 di bawah kendalian Nafuzi Zain turun dalam aksi penentuan pingat gangsa berdepan Filipina bagi menebus hampa di Thailand.
Bukan tugas mudah buat skuad muda negara oleh kerana Filipina juga sudah pasti membawa misi yang sama untuk meraih pingat selepas hampa saat akhir kepada Vietnam di separuh akhir.
Kali terakhir kedua-dua negara berjumpa adalah ketika dalam aksi pertama Piala Mandiri ASEAN B-23 di Jakarta bulan Julai lalu yang menyaksikan Filipina berjaya mengatasi Malaysia 2-0.
Kesebelasan Utama Filipina vs Malaysia
Info Siaran Langsung Filipina vs Malaysia
Tarikh: 18 Disember 2025 (Khamis).
Masa: 4.30 petang waktu Malaysia.
Venue: Stadium Rajamangala, Bangkok.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, TV Okey dan TV Sarawak.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.