Saksikan perlawanan antara Iran vs Malaysia dalam aksi sulung Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 malam ini.
Skuad Malayan Tigress B-20 bimbingan Cameron Ng bakal turun dalam perlawanan pertama kumpulan F bertemu Iran dengan misi bagi memungut 3 mata di hadapan penyokong sendiri.
Menurut Cameron Ng, para pemain muda Malaysia ketika ini berada di tahap terbaik menjelang aksi tersebut dan melihat perasaan gementar dalam diri mereka adalah perkara biasa.
“Sebagai jurulatih, saya juga gemuruh tetapi ini mengenai mengawal (perasaan itu) dan pemain sudah bersedia bagi beraksi,” kata beliau ketika di sidang media pra-perlawanan.
“(Rasa gementar) ini bermakna pemain mengambil berat dan mereka ingin beraksi dengan cemerlang di depan penyokong sendiri.”
Manakala di kem Iran, Niloufar Ardalan selaku ketua jurulatih menyatakan sudah memiliki info mengenai pasukan Malaysia B-20 namun tetap menganggap Malayan Tigress skuad yang hebat.
Kesebelasan Utama Iran vs Malaysia
Info Siaran Langsung Iran vs Malaysia
Tarikh: 6 Ogos 2025 (Rabu).
Masa: 8.45 malam.
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Siaran Langsung: Youtube FAMTV