Saksikan perlawanan JDT vs Machida Zelvia dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE).
Pertemuan yang dinantikan antara JDT vs Machida Zelvia ini akan menyaksikan kedua-dua pasukan turun membawa misi memburu kemenangan pertama dalam saingan ACLE musim ini.
Hal ini kerana JDT di bawah bimbingan Xisco Munoz tewas 2-1 kepada Buriram United di Thailand dalam aksi pertama sementara Machid Zelvia terikat seri dengan FC Seoul dua minggu lalu.
Cabaran hebat juga bakal menanti skuad Harimau Selatan ini apabila akan turun tanpa 3 pemain penting, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Jon Irazabal yang digantung FIFA ketika ini.
Walau bagaimanapun, Xisco Munoz tetap optimis pasukan kendaliannya bakal memberikan aksi terbaik dengan fokus utama kini terarah kepada para pemain yang tersedia pada Selasa.
Kesebelasan Utama JDT vs Machida Zelvia
Info Siaran Langsung JDT vs Machida Zelvia
Tarikh: 30 September 2025 (Selasa).
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com