Aksi tunggal Liga Super akan berlangsung pada Khamis antara JDT vs Penang di Stadium Sultan Ibrahim.
Saingan Liga Malaysia kembali berlangsung setelah tempoh rehat bagi memberi laluan untuk aksi antarabangsa dengan perlawanan antara JDT vs Penang menjadi tumpuan ramai.
JDT ketika ini berada pada prestasi terbaik selepas mencatat kemenangan bersih dalam 6 perlawanan di permulaan musim ini lebih-lebih lagi dalam saingan liga domestik serta Shopee Cup.
Berbeza pula dengan Penang yang sekadar mengumpul satu mata dalam 4 perlawanan Liga Super selain tewas dalam dua aksi terakhir ketika menentang KL City dan Kelantan The Real Warrior.
Ujian hebat bakal menanti anak Wan Rohaimi ini ketika mana JDT pastinya mahu mengutip 3 mata ini untuk menjadi tonik sebelum aksi AFC Champions League Elite (ACLE ) minggu hadapan.
Kesebelasan Utama JDT vs Penang
Info Siaran Langsung JDT vs Penang
Tarikh: 11 September 2025 (Khamis)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: TV Okey.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.