Tonton JDT vs Sabah dalam aksi final Piala FA 2025-2026 secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tumpuan peminat bola sepak tempatan hujung minggu ini bakal terarah kepada final Piala FA antara JDT vs Sabah di Bukit Jalil bagi melihat destinasi trofi bersejarah itu selepas ini.
Selaku juara bertahan, JDT pastinya dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi Piala FA buat kali ke-4 berturut-turut meskipun ketika ini skuad Harimau Selatan dilanda isu kecederaan.
Seramai 8 orang pemain JDT sudah hampir pasti terlepas final ini termasuklah Bergson yang dipercayai mengalami kecederaan ketika aksi berdepan Shanghai Port beberapa hari lalu.
“Romel (Morales) terpaksa diketepikan akibat kecederaan, begitu juga dengan Bergson, Enzo (Lombardo), (Ager) Aketxe serta Arif (Aiman) juga alami hal yang sama,” jelas Xisco Munoz ketika sidang media.
Sementara itu, Sabah pula memasang impian bagi mencipta kejutan selepas berjaya mengakhiri kemarau 27 tahun untuk mara ke perlawanan akhir dan membawa balik trofi Piala FA ke sana.
Kesebelasan Utama JDT vs Sabah
Info Siaran Langsung JDT vs Sabah
Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad)
Masa: 9 malam.
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola dan TV Okey.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.