Tonton aksi JDT vs Shanghai Shenhua dalam saingan ACL Elite pada Rabu.
Saingan ACLE kembali bersambung bagi minggu perlawanan ke-4 yang menyaksikan aksi JDT vs Shanghai Shenhua bakal menjadi tumpuan para penyokong bola sepak tempatan pada malam ini.
Prestasi semasa JDT ketika ini dilihat berada di tahap terbaik dengan rekod 10 perlawanan tanpa tewas selain 46 jaringan yang dicatatkan sekaligus membuktikan ketajaman serangan wakil Malaysia ini.
Manakala Shanghai Shenhua juga tak kurang hebat dengan 4 kemenangan serta 3 keputusan seri yang diraih dalam 7 aksi terakhir, menandakan pasukan kendalian Leonid Slutsky turut bersedia merebut 3 mata.
Kesebelasan Utama JDT vs Shanghai Shenhua
Info Siaran Langsung JDT vs Shanghai Shenhua
Tarikh: 5 November 2025 (Rabu)
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.