Saksikan info pertemuan antara Levante vs Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini.
Jelajah pra-musim JDT di Sepanyol memasuki minggu kedua dengan perlawanan ke-4 akan menyaksikan Harimau Selatan turun menguji pasukan juara Segunda Division, Levante pada awal pagi Ahad.
Pasukan kendalian Xisco Munoz memulakan kempen dengan langkah kanan apabila membelasah Real Murcia Imperial dan menewaskan Costa City dalam dua aksi pertama sebaik tiba di Sepanyol.
Hajat JDT mencatat kemenangan ke-3 tidak tercapai selepas juara Liga Super 11 kali itu terikat 2-2 ketika menentang kelab Wales, Cardiff City hasil jaringan daripada Jairo Da Silva dan Oscar Arribas.
Kini, Levante yang baru bergelar juara Segunda Divison, liga divisyen kedua di Sepanyol bakal menjadi medan JDT untuk mengasah taring menjelang saingan di musim baharu nanti.
Kesebelasan Utama Levante vs JDT
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Levante vs JDT
Tarikh: 13 Julai 2025 (Ahad).
Masa: 1.00 pagi.
Venue: Pusat Latihan Sukan Levante.
Siaran Langsung: Youtube JDT TV.