Perlawanan pertama Piala Mandiri B-23 ASEAN menemukan aksi antara Malaysia vs Filipina pada Selasa di Jakarta.
Skuad muda Malaysia kendalian Nafuzi Zain kini sudah tiba di Jakarta, Indonesia menjelang aksi Piala Mandiri B-23 ASEAN dengan bertemu Filipina, Brunei dan tuan rumah di kumpulan A.
Ujian sulung buat Malaysia B-23 apabila akan turun berentap menentang Filipina dalam perlawanan sulung yang juga aksi pembuka tirai kejohanan di Stadium Gelora Bung Karno pada Selasa.
Menurut Nafuzi Zain, cabaran berada di dalam kumpulan ini pastinya sukar apabila turut dibarisi 3 buah negara yang tak kurang hebatnya sebelum berhajat ke peringkat seterusnya.
”Kumpulan A adalah kumpulan yang agak sukar kerana kita tahu lawan pasukan Indonesia, Filipina dan Brunei bukanlah satu tugas yang mudah,” kata Nafuzi Zain ketika sesi sidang media.
”Apa-apa pun untuk permulaan, fokus kita untuk bertemu Filipina sebagai cabaran pertama kita akan hadapi,” jelas bekas jurulatih Kedah Darul Aman dan Terengganu itu.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Filipina
Info Siaran Langsung Malaysia vs Filipina
Tarikh: 15 Julai 2025 (Selasa).
Masa: 6 petang waktu Malaysia.
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.