Live: Malaysia vs Kepulauan Mariana Utara, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Asia B-17
MakanBola
Malaysia NT

Tonton aksi Malaysia vs Kepulauan Mariana Utara dalam saingan kumpulan C Kelayakan Piala Asia B-17 2026.

Saingan kumpulan C Kelayakan Piala Asia B-17 2026 bakal membuka tirai dengan aksi Malaysia vs Kepulauan Mariana Utara akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Pasukan kendalian Javier Ribera ini melakukan persiapan rapi sepanjang tahun 2025 dengan terbang ke Switzerland serta Croatia untuk sertai kejohanan jemputan dan mengatur aksi persahabatan.

Selepas menilai kesemua bintang-bintang masa hadapan negara ini, Javier Ribera telah menyenaraikan seramai 25 pemain yang bakal menggalas cabaran Malaysia B-17 di Vietnam.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Kepulauan Mariana Utara

Info Siaran Langsung Malaysia vs Kepulauan Mariana Utara

Tarikh: 22 November 2025 (Sabtu).
Masa: 8 malam waktu Malaysia.
Venue: Padang 3, Vietnam YFTC.
Siaran Langsung: Youtube VFF.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.