Live: Malaysia vs Palestin, Kesebelasan Utama & Siaran TV Persahabatan Tier 1
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonton pertemuan antara Malaysia vs Palestin dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Isnin.

Malaysia akan turun dalam aksi persahabatan kedua pada jendela antarabangsa FIFA di bulan September ini dengan Palestin menjadi lawan seterusnya selepas Singapura pada Khamis lalu.

Rombakan dijangka bakal dilakukan oleh pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski dalam usaha membuat penggiliran pemain selain ketiadaan Facundo Garces, Dion Cools beserta Faisal Halim.

”Ya, sudah tentu. Saya rasa akan ada beberapa perubahan.
Sedikit penggiliran dan kita akan lihat,” kata Peter Cklamovski ketika sesi sidang media.

Manakala Palestin pula bakal turun sebagai pasukan pilihan kali ini berdasarkan kedudukan ranking mereka di tangga ke-97 dunia dan menjadi satu cabaran sihat buat skuad negara.

Kali terakhir Malaysia vs Palestin adalah pada tahun 2015 lalu yang menyaksikan kemenangan dicatat oleh Lions of Canaan dengan keputusan 6-0 bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Palestin

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Palestin

Tarikh: 8 September 2025 (Isnin)
Masa: 9 malam waktu Malaysia
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena Bola dan TVS.