Tonton aksi Melbourne City vs JDT dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Perlawanan minggu ke-5 ACLE antara Melbourne City vs JDT pastinya menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa untuk menikmati pentas tertinggi saingan bola sepak Asia.
Fokus sudah pasti terarah kepada wakil tunggal Malaysia, JDT yang terbang ke Australia bagi merealisasikan impian membawa balik 3 mata serta mengukuhkan kedudukan di carta ACLE.
Sementara itu, Melbourne City pula enggan mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri selepas tampil cemerlang dalam dua aksi terakhir ACLE dengan mengutip mata penuh.
Carta kedudukan ACLE semasa menyaksikan Melbourne City berada di tangga ke-7 dengan 6 mata, satu mata di belakang JDT yang kini menghuni tempat kedua selepas 4 perlawanan.
Kesebelasan Utama Melbourne City vs JDT
Info Siaran Langsung Melbourne City vs JDT
Tarikh: 25 November 2025 (Selasa)
Masa: 3.45 petang.
Venue: Melbourne Rectangular Stadium.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.