Live: Mongolia vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Asia B-23
MakanBola
Malaysia NT

Saksikan perlawanan antara Mongolia vs Malaysia dalam aksi kedua kumpulan F Kelayakan Piala Asia B-23 pada Sabtu.

Selepas tewas di tangan Lubnan Rabu lalu, skuad Malaysia B-23 turun dalam perlawanan kedua kumpulan F Kelayakan Piala Asia menentang Mongolia dengan misi meraih 3 mata pertama.

Mongolia yang turut menerima nasib sama apabila tumbang 6-0 kepada Thailand ketika ini berada di kedudukan tercorot kumpulan F bersama Malaysia tanpa sebarang kutipan mata.

Walau bagaimanapun, Nafuzi Zain selaku jurulatih Malaysia B-23 tidak melihat perkara ini sebagai kelebihan buat anak didik beliau menjelang perlawanan bertemu Mongolia pada petang ini.

“Saya tengok Mongolia dari segi pasukan bukan senang juga untuk kita menang,” ulas Nafuzi Zain tentang pasukan lawan itu.

“Lagipun apa yang saya nampak, Thailand bermain dengan begitu baik malam itu,” tambah beliau.

“Jadi apapun, bukan satu perlawanan yang mudah. Kita perlu fokus dan perlu bersedia untuk menewaskan Mongolia nanti.”

Kesebelasan Utama Mongolia vs Malaysia

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Mongolia vs Malaysia

Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)
Masa: 5 petang waktu Malaysia
Venue: Stadium Thammasat, Bangkok, Thailand.
Siaran Langsung: FA Thailand (VPN).

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.