Live: Selangor vs Bangkok United, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACL2
MakanBola
Wan Adam

Saksikan perlawanan antara Selangor vs Bangkok United dalam aksi pertama AFC Champions League Two (ACL2).

Pertemuan Selangor vs Bangkok United menjadi tumpuan para peminat bola sepak tempatan selepas Sang Gergasi Merah kembali ke pentas Asia untuk menebus duka musim lalu.

Selangor yang dibimbing oleh Katsuhito Kinoshi bakal turun dengan barisan terkuat demi merealisasikan impian meraih 3 mata lebih-lebih apabila heraksi di depan ribuan penyokong sendiri.

Manakala, Bangkok United yang layak sehingga ke peringkat kalah mati ACL2 musim lalu pastinya ingin membuka saingan dengan langkah kanan berbekalkan pengalaman dan pemain sedia ada.

Kesebelasan Utama Selangor vs Bangkok United

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Selangor vs Bangkok United

Tarikh: 18 September 2025 (Khamis)
Masa: 6 Petang
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.