Tonton aksi Selangor vs Lion City Sailors dalam saingan ACL2 secara langsung dari Stadium MBPJ.
Perlawanan terakhir kumpulan H ACL2 bakal menyaksikan pertembungan Selangor vs Lion City Sailors menjadi fokus utama penyokong terutamanya membabitkan kedua-dua pasukan.
Aksi ini tidak memberi apa-apa makna kepada perjuangan Selangor setelah The Red Giants sah tersingkir dari pentas ACL2 musim ini selepas tumpas 4 kali dalam 5 perlawanan.
Sebaliknya, pertemuan ini menjadi detik penting buat Lion City Sailors yang memburu kemenangan bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan mengiringi Bangkok United.
Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada 1 Oktober lalu di Stadium Bishan yang menyaksikan Lion City Sailors menewaskan Selangor 4-2 hasil 4 jaringan Anderson Lopes.
Kesebelasan Utama Selangor vs Lion City Sailors
Info Siaran Langsung Selangor vs Lion City Sailors
Tarikh: 10 Disember 2025 (Rabu)
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.