Tonton aksi Selangor vs Persib Bandung dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2).
Perlawanan tumpuan ramai ACL2 minggu ini pastinya terarah kepada pertemuan antara Selangor vs Persib Bandung ketika mana Sang Gergasi Merah mahu menebus kekecewaan pada aksi lalu.
Ketika ini, Selangor berada di tangga tercorot kumpulan G tanpa sebarang mata selepas 3 perlawanan tatkala Persib Bandung pula unggul menerajui takhta dengan mengutip 7 mata.
Pada aksi lalu, Persib Bandung berhasil meraih kemenangan 2-0 ke atas Selangor di Stadium Gelora Bandung Lautan Api dengan Adam Alis dan Andrew Jung mencatat nama selaku penjaring.
Aksi cukup penting buat anak-anak didik Christophe Gamel mengutip 3 mata di Stadium MBPJ bagi memastikan impian ke pusingan kalah mati nanti terus menyala dengan berbaki 3 perlawanan terakhir ini.
Kesebelasan Utama Selangor vs Persib Bandung
Info Siaran Langsung Selangor vs Persib Bandung
Tarikh: 6 November 2025 (Khamis)
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium MBPJ.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.