Saksikan perlawanan antara Selangor vs Tampines Rovers dalam aksi Asean Club Championship (ACC) Shopee Cup 2025-2026.
Aksi minggu kedua Shopee Cup bakal menemukan Selangor dan wakil Singapura Tampines Rovers dengan Sang Gergasi Merah dirudum prestasi hambar selepas tumpas dalam dua perlawanan terakhir.
Sementara Tampines Rovers hadir ke Kelana Jaya membawa rekod kebal tanpa kalah sepanjang musim ini dengan terbaru The Staggers baru saja mengalahkan FC Kaya di pentas AFC Champions League Two.
Pada perlawanan pertama Shopee Cup lalu, Selangor berjaya mengikat Buriram United 1-1 di Thailand manakala Tampines Rovers pula cemerlang menumpaskan DH Cebu dari Filipina 3-1.
Kesebelasan Utama Selangor vs Tampines Rovers
Info Siaran Langsung Selangor vs Tampines Rovers
Tarikh: 24 September 2025 (Rabu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.